Order Form

Tuesday, July 1, 2008

Penghasilan Hormon Tumbesaran Manusia (HTM) atau Human Growth Hormone (HGH) semakin berkurangan apabila umur semakin meningkat

Kajian sains telah menunjukkan perembesan HTM semakin berkurangan apabila manusia semakin berumur. Selepas umur 21 tahun, paras perembesan HTM mulai menurun sampai umur 40 tahun sehingga kita tidak lagi dapat menghasilkan hormone yang mencukupi untuk memastikan fungsi-fungsi pemulihan dan sel-sel pada kulit, organ utama dan tisu otak. Apabila manusia berumur 70 tahun, saiz dan fungsi hati, otak dan jantung mengecut sebanyak 30%, ini bermakna badan kita tidak lagi berupaya melawan penyakit dan sedang mengalami kemerosotan!

Apabila umur kita semakin meningkat, fungsi otak menjadi mundur kerana kekurangan HTM. Apabila manusia berumur 90 tahun, otak manusia akan mengecut sebesar saiz otak seorang kanak-kanak yang berumur 3 tahun! Ini menyebabkan manusia berumur pada usia itu kurang berupaya dari segi mental. Akan tetapi, penggunaan HTM boleh membantu pengembalian saiz dan fungsi otak.

Badan kita dapat mencegah penyakit dan berfungsi dengan baik jika penambahan paras HTM dilakukan. Badan kita akan menjadi 10-20 tahun lebih muda jika pengambilan hormon tumbesaran yang mencukupi untuk masa 6 bulan (Rujukan New England Journal of Medicine).

Apa yang berlaku jika HTM mulai merosot?

Ia bermakna permulaan proses penuaan!



Sebelum umur 30an, kalenjar pituitari merembes HTM dengan banyak dan berkaitrapat dengan pelbagai peringkat tumbesaran manusia.

Hormon ini meningkat semasa kita berada pada peringkat fetus, tetapi berkurangan pada peringkat kanak-kanak, dan bertambah kembali sewaktu peringkat remaja (Rembesan hormon ini meningkat pada waktu tidur, tidak hairanlah remaj memerlukan masa tidur yang lama kerana tumbesaran terus berlaku semasa mereka tidur.)

Apabila kita berumur 30 tahun, kita hanya mampu merembeskan 40% daripada HTM yang dirembeskan semasa kita berumur 20 tahun, tahap rembesan selepas itu akan menjunam. Adakalanya rembesan HTM berhenti langsung. Apabial HTM dan organ manusia tidak berpaut sesama, tanda-tanda penuaan dan penyakit-penyakit akan berlaku.

0 Comments: